Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Sunday, April 15, 2012

Mengimbas Kenangan

Assalamualaikum

Peristiwa mengejutkan. Ketentuan Ilahi

Dalam beberapa minggu ini aku sering terfikirkan kepada beberapa orang kenalan yang telah kembali ke rahmatullah. Semua daripada mereka merupakan orang yang baik-baik dan taat pada agama. Lalu aku jadi terfikir bilakah aku akan mengikut jejak langkah mereka kerana aku pasti suatu hari nanti giliran aku pasti menjelma.

Kenalanku yang meninggal dunia semua akibat daripada kemalangan jalan raya. Terasa pada diriku yang menjadi pengguna setia jalan raya ini mungkinkah aku juga seperti mereka?nauzubillah...mintalah dijauhkan daripada ditarik nyawaku kerana kemalangan sebegitu,tragis. Namun, sekiranya tuhan menghendaki maka terjadi juga.

Arwah kenalanku, walau tidaklah rapat sangat pun telah banyak menyedarkan aku tentang perkara kebaikan kerana daripada sudut pandanganku terhadap mereka, semuanya aku respect. Aku sentiasa kagum dengan sikap dan usaha yang ditunjukkan mereka dalam menempuhi kehidupan seharian yang penuh onak dan duri.

Seorang kenalan telah meninggal pada Januari lalu selepas genap sebulan mendirikan rumah tangga manakala seorang lagi meninggal dunia minggu lepas setelah terbabit dengan kemalangan semasa dalam perjalanan ke sekolah. Arwah juga baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan dikatakan isterinya sedang mengandungkan anak arwah. Sungguh berat ujian yang menimpa kedua-dua isteri arwah namun inilah yang dikatakan suratan takdir. Sesungguhnya tuhan tidak akan membebankan mereka yang tidak mampu memikulnya. Semoga isteri arwah sentiasa tabah dengan kejadian yang menimpa.

Pada minggu lepas juga aku diberitahu sahabatku bahawa kawannya yang mengajar di Limbang terbabit dengan kemalangan dan kembali ke rahmatullah semasa dalam perjalanan ke hospital. Arwah adalah seorang guru di sekolah rendah di Limbang yang masih bujang merupakan guru yang berasal dari Tumpat Kelantan juga dikatakan sebagai seorang yang baik dan peramah.

2 tahun yang lalu, sahabat baikku juga dijemput Penciptanya setelah terbabit kemalangan semasa pulang dari mengambil rakannya di stesen kereta api Tanjung Malim. Arwah yang pada masa itu sedang belajar dalam jurusan pendidikan khas telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.

Semua peristiwa ini sentiasa bermain di fikiranku termasuk juga terhadap arwah ayahku tersayang yang telah kembali ke rahmatullah sejak 11 tahun yang lalu. Arwah bapaku telah meninggal dunia pada 24 April 2001 bersamaa 1 Safar 1422H semasa aku di tingkatan 4. Kenangan bersamanya masih segar diingatan walaupun sudah 11 tahun meninggalkan aku. Teringat kata-katanya kepadaku supaya belajar rajin-rajin sebab ore jate dan jange baloh nga adik beradik (jangan bergaduh dengan adik beradik).

Sebenarnya banyak pesanan arwah ayahku kepadaku yang sampai loni masih aku ingat. Ya Allah...tenangkanlah arwah ayahku Wan Othman bin Wan Mamat di dalam syurgamu bersama para solehin. Amin.

No comments: