Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Thursday, August 14, 2008

10 Wasiat Luqman Hakim

1. Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu.
3. Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya. -Luqman Hakim
4. Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
5. Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja.
6. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.
7. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.
8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu: a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah. b. Orang yang berani melainkan ketika berperang. c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka.
9. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
10. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu: a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka. b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka. c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

ketampanan lelaki dalam surah Yusof

Dalam surah Yusuf, hero ceritanya adalah seorang lelaki yang tampan. Ini bermakna, bagi menghasilkan sebuah kisah yang indah, heronya hendaklah lelaki, dan lelaki itu lelaki yang tampan.
Seperti filem dan komik, cerita yang heronya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan, manakala apabila heronya perempuan, hanya perempuan yang membacanya.Dalam surah Yusuf, tidak ada langsung maklumat tentang ciri-ciri fizikal ketampanan Nabi Yusuf. Sebagai contoh, pembaca tidak diberitahu apa warna mata, rambut dan kulit Nabi Yusuf.
Allah menerangkan ketampanan Nabi Yusuf menggunakan 2 cara:
(1) Menggunakan dialog watak-watak pembantu.
Apabila Zulaikha mengundang kawan-kawan perempuannya datang menjamu selera, apabila perempuan-perempuan itu ternampak Nabi Yusuf, mereka berkata, "Maha Suci Allah. Ini bukan manusia biasa. Ini malaikat suci yang menjelma."
Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menggunakan ayat-ayat dialog, bukan menggunakan ayat-ayat naratif.
(2) Menggunakan peristiwa sebagai bukti.
Dalam majlis jamuan yang sama, kawan-kawan perempuan Zulaikha telah terpotong jari mereka sendiri apabila mereka terpandang Nabi Yusuf.
Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menceritakan episod yang dapat membuktikan bahawa lelaki itu tampan, bukan dengan menggunakan ayat naratif yang menerangkan ciri-ciri ketampanan lelaki itu.
Contoh ayat naratif:(a) Hamdan seorang yang tampan. (SALAH)(b) Dia membetul-betulkan misainya yang lebat. (SALAH)(c) Rozi jatuh cinta pada Karim yang berdada bidang. (SALAH)
Contoh ayat dialog:
(a) "Kamu jatuh cinta kepada Hamdan sebab dia tampankah?" Safiah bertanya kepada Zaiton. (BETUL)
(b) "Apakah kamu selalu teringat akan misainya yang lebat itu?" tanya Faridah sambil mentertawakan Laili. (BETUL)
(c) "Lupakanlah sahaja Karim yang berdada bidang itu. Dia tidak sesuai dengan kamu," Mariam menasihati Rohani. (BETUL)
Allah jualah yang lebih mengetahui.

HARI PERTAMA

Tahun penuh mencabar...