Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Friday, April 20, 2012

Kejutan 2012

Pada hari Isnin 5/3/2012 merupakan hari kejutan buatku dan sahabat seperjuangan. Seorang rakan sejawatan telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit misteri. Setelah tiga bulan "menderita" penyakit yang tidak diketahui puncanya, kawan tersebut telah dijemput mengadap ilahi pada hari Isnin yang lalu di rumahnya di Sungkai, Perak.

Sungguh mengejutkan kerana sepanjang aku mengenali allahyarham, dia seorang yang periang dan ceria serta tidak ada sebarang penyakit kronik atau merbahaya. Namun, semasa bertugas mengawas peperiksaan SPM 2011 di SMK Balleh, beliau telah mula menunjukkan ciri-ciri sakit yang sukar jangka puncanya. Kulitnya kelihatan berbintik-bintik dan sering mengalami batuk serta keadaan badan yang tidak berupaya mendorong beliau untuk mengetahui punca penyakitnya.

Masuk Wad

Setelah ditahan selama beberapa hari di hospital Kapit, beliau dibenarkan pulang ke rumah dengan ketidakjelasan jenis penyakitnya. Beliau disuruh mendapatkan rawatan lanjut di Semenanjung kerana tiada kesan sembuh semasa menerima rawatan di hospital Kapit. Jadi, setelah balik ke kampungnya menerima rawatan, beliau ditahan pula di Hospital Ipoh selama beberapa hari dan dibenarkan pulang setelah tiada penyakit yang dikesan terhadap dirinya. Pelbagai usaha dilakukan oleh ahli keluarganya termasuklah berubat menggunakan perubatan alternatif namun tidak berkesan.

Kuasa Allah

Setelah beberapa minggu berada di rumah dalam keadaan tidak bermaya dan sering sakit-sakit. Aku dikhabarkan oleh sahabat di tempatnya mengatakan Ashraf telah kembali ke rahmatullah.

Semoga pemergiannya ke rahmatullah membawa segala amalan yang dilakukan semasa hayatnya.

No comments: