Pada 31 Disember 2009 aku telah memulakan perantauanku ke negeri selatan tanahair iaitu Segamat, Johor.
4 Januari 2010 - aku melaporkan diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok dan bergelar guru ganti KGSK berkontrak selama setahun. Aku menggantikan guru yang bercuti sakit selama setahun. Rakan-rakan guru menyambut kedatanganku dengan penuh senyuman membuatkan hubungan antara guru-guru menjadi mesra.
Aku diberikan tugas sebagai guru tingkatan 1 Amanah dan mengajar di kelas tingkatan 1 AM, 1 AD, 2 AM bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan tingkatan 5SN, 5PA, 5PD1 dan 5PD2 bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.