Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Saturday, April 21, 2012

Ayahanda

              Semasa tulisan ini dicoret, ambo berada di Kapit iaitu tempat ambo mencari rezeki bekerja sebagai dengan kerajaan Malaysia dalam bahagian pendidikan. 
Tiap yang hidup pasti akan merasai mati.             

              Ambo baru lepas mendapat berita tentang kematian mengejut seorang pelajar upsi yang terjatuh daripada bangunan 5 tingkat di kampus sultan azlan shah, upsi, tanjung malim. Pelajar perempuan yang baru semester 4 jurusan pendidikan awal kanak-kanak ditemui mati akibat terjatuh daripada bangunan E Learning pada jam 5 petang tadi. Puncanya tidak diketahui kenapa dia terjatuh,jadi eloklah kita bersangka baik atas kematiannya. Semoga Allah memberikan rahmat kepada arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

              Jadi, bukanlah ambo nak bercerita sangat mengenai pelajar tersebut tetapi pada malam ini ambo jadi teringat kepada arwah we (ayah) ambo yang telah meninggal dunia sejak 11 tahun yang lalu. Kebetulan dua hari lagi genaplah 11 tahun pemergian ayah ambo mengadap Tuhan yang Maha Esa. Arwah ayah ambo meninggal dunia pada 24/4/2001 pada hari Selasa lebih kurang pukul 2 petang lebih.

                Banyak kenangan ambo bersama ayah ambo yang masih ambo ingat sampailah sekarang. Semasa hayatnya, ayah ambo merupakan orang yang mementingkan agama dan pelajaran anak-anaknya. Sentiasa tegas dalam mendidik anak-anak dan kadang-kadang dapat bergurau (seloroh) walaupun ambo melihatnya sebagai orang yang bekeng (garang). 

                 Setiap hari mesti akan keluar soalan tentang sembahyang kepada ambo pada masa tu agak liat untuk mengerjakannya. Jika jawapan ambo "dok semaye lagi", dia akan cepat-cepat mengambil rotan untuk memberi amaran kepada ambo supaya pergi sembahyang dengan segera.

                Menjadi rutin, apabila ayah ambo pergi ke masjid dan sekiranya tidak melihat ambo di masjid, maka bila dia balik ke rumah akan menegur dan membuat perbandingan dengan rakan-rakan seusia dengan ambo yang pergi sembahyang di masjid. Sejak kecil lagi ambo dilatih supaya sentiasa berjamaah di masjid yang hanya berada kira-kira 300 meter dari rumah ambo.

           Pernah suatu hari semasa ambo sedang tengok tv pada waktu maghrib (masa tu ambo belum sembahyang maghrib) tiba-tiba singgah rotan atas belakang ambo menyebabkan ambo cepat-cepat berlari untuk pergi mandi dan solat. Memang sakit kalu kena rotan ayah ambo.

                Dari segi pelajaran, ambo merupakan seorang yang lemah dalam belajar. Sering kali ambo ditegur dan diberikan nasihat oleh arwah ayah ambo yang menyuruh ambo belajar betul jika tidak mahu kerja penat nanti. Memang berbaloi apa yang dinasihatkan oleh ayah ambo walaupun dia tidak sempat melihat kejayaan ambo menjejakkan kaki ke universiti dan bergelar sebagai pendidik. 


                 Apabila ambo terkenang akan arwah ayah ambo, hampir mentis air mata ambo kerana terkenang kesusahan hidupnya sejak dia kecil hinggalah dia kembali ke rahmatullah. Semasa dia meninggalkan ambo dan adik-beradik yang lain, hanya abang sulong seorang sahaja yang baru bekerja sedangkan mak ambo tidak bekerja. Ini bermakna lapan orang adik beradik ambo yang lain terpaksa disara oleh abang sulong ambo yang ketika itu hanya bekerja sebagai penjual beras.

                 Kalaulah ambo berada di tempat abang sulong pada waktu itu, tidak tahulah apa yang ambo boleh buat bagi menggalas beban yang diamanahkan oleh arwah ayah ambo. Terasa bebanan yang diterima oleh abang ambo sangat berat walaupun tidak kelihatan pada wajahnya tentang kebimbangan untuk menyara adik-adiknya yang ramai. 

                   Mungkin kebimbangan pada masa itu sedang dirasai oleh ibu ambo yang tersayang kerana terfikirnya hendak menyekolahkan adik-beradik ambo yang ramai. Mujurlah pada tahun itu abang kedua ambo yang baru tamat belajar di Universiti Malaya dapat posting pada bulan Jun. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban abang sulong dan mak ambo waktu itu.

Sinar Baru

                    Hari ini keluarga ambo sudah menampakkan sedikit perubahan apabila ambo dan tiga kakok (abang dan kakak) telah pun bekerja dan dapat membantu meringankan beban keluarga ambo. Semasa ayah ambo meninggal, adik bongsu ambo ketika itu baru berumur satu tahun setengah dan kini berumur 13 tahun, menuntuk di Mahad Tahfiz Banggol Chica. Ambo berasa amat bangga kerana ada adik beradik ambo yang dapat belajar dalam bidang tahfiz walaupun ambo tidak berpeluang ke sana. Hampir kesemua adik-beradik ambo mendapat pendidikan berlatar belakang bidang agama kecuali ambo yang hanya belajar di sekolah sekular sahaja.

                    Semoga adik ambo berjaya menjadi seorang huffaz yang hebat dan bergelar ulama terkemuka dunia yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Pasti ayah ambo tersenyum puas apabila mengetahui anaknya dapat menjadi huffaz al-Quran yang menjadi cita-citanya suatu ketika dahulu.















































Kenangan semasa singgah di benteng sempadan Johor/Singapura ketika pergi ke majlis walimah abang ambo di Johor

No comments: