Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Sunday, May 1, 2011

BBQ Hari Pekerja


Sepanjang sembilan bulan berada di Kapit, inilah kali pertama kawe bersama saing-saing serumah mengadakan BBQ. Program ini dilakukan pada hari Ahad dan secara kebetulan pula jatuh pada hari pekerja (1 Mei).
Saing yang telah menyediakan ramuan ayam bakar ini ialah saudara Faizal iaitu Cikgu SMK Kapit manakala saing yang telah mengoreng bihun ialah saudara Nazri dari SMK Selirik.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah menghilangkan kebosanan berada di pedalaman Kapit yang jauh terpencil dari bandar-bandar besar. Ia juga sebagai "melupakan sekejap" bebanan kerja seharian walaupun semasa aktiviti ini dilakukan kepalaku masih teringat soalan peperiksaan pertengahan tahun yang belum siap dibina.
Pada pagi hari, kawe bersama Matyie telah membeli barang-barang untuk bakar ayam ini. Terima kasih kepada saing-saing yang duduk serumah dengan kawe kerana berjaya membuat BBQ pada malam ini.
Semoga aktiviti yang kita lakukan ini dapat menghilangkan kebosanan dan kerinduan kita kepada kampung halaman masing-masing.

No comments: