Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Saturday, April 21, 2012

Bekok oh Bekok


Suatu Ketika di Bekok, Segamat, Johor.

Smk. Bekok merupakan sebuah sekolah menengah di daerah Segamat yang terletak kira-kira 24 KM dari Pekan Labis dan kira-kira 59 KM dari bandar Segamat.

Sekolah tersebut mempunyai jumlah pelajar lebih kurang 600 orang dengan majoriti pelajar terdiri daripada pelajar cina. Hal ini disebabkan kampung Bekok merupakan sebuah kampung yang diduduki oleh majoriti kaum cina. Lain-lain kaum yang mendapat pendidikan di SMK Bekok ialah kaum Melayu, India dan Asli.

Menurut sumber penduduk tempatan, pada tahun 1970-an, jumlah kaum Melayu yang tinggal di kampung Bekok adalah tidak melebihi 20 orang dan mereka dikelilingi oleh kebanyakan masyarakat cina. Pertambahan penduduk Melayu disebabkan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getah serta petempatan Melayu yang dinamakan kampung Melayu Baru Bekok.

Antara ladang-ladang yang terdapat di Bekok ialah Ladang Eldred, Ladang Chanwin, Ladang Gunung Mas. Ladang-ladang ini dihuni oleh masyarakat Melayu dan India yang sentiasa bekerjasama dengan setiap perkara yang dilakukan.

Sekolah ini merupakan tempat aku menjadi guru sementara menunggu penempatan sebagai guru tetap. Selama tujuh bulan aku berada di Smk Bekok, banyak ilmu yang aku perolehi hasil daripada penglibatan aku dalam pelbagai bidang semasa bertugas di situ. 

Kenangan berada di Bekok selama tujuh bulan tidak akan kulupakan kerana suasana harmoni Pekan Bekok dan sekolahnya membuatkan aku terasa ingin mengunjunginya semula nanti. Semoga Smk Bekok terus gah dan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan rohani dan juga jasmani. 

Ayahanda

              Semasa tulisan ini dicoret, ambo berada di Kapit iaitu tempat ambo mencari rezeki bekerja sebagai dengan kerajaan Malaysia dalam bahagian pendidikan. 
Tiap yang hidup pasti akan merasai mati.             

              Ambo baru lepas mendapat berita tentang kematian mengejut seorang pelajar upsi yang terjatuh daripada bangunan 5 tingkat di kampus sultan azlan shah, upsi, tanjung malim. Pelajar perempuan yang baru semester 4 jurusan pendidikan awal kanak-kanak ditemui mati akibat terjatuh daripada bangunan E Learning pada jam 5 petang tadi. Puncanya tidak diketahui kenapa dia terjatuh,jadi eloklah kita bersangka baik atas kematiannya. Semoga Allah memberikan rahmat kepada arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

              Jadi, bukanlah ambo nak bercerita sangat mengenai pelajar tersebut tetapi pada malam ini ambo jadi teringat kepada arwah we (ayah) ambo yang telah meninggal dunia sejak 11 tahun yang lalu. Kebetulan dua hari lagi genaplah 11 tahun pemergian ayah ambo mengadap Tuhan yang Maha Esa. Arwah ayah ambo meninggal dunia pada 24/4/2001 pada hari Selasa lebih kurang pukul 2 petang lebih.

                Banyak kenangan ambo bersama ayah ambo yang masih ambo ingat sampailah sekarang. Semasa hayatnya, ayah ambo merupakan orang yang mementingkan agama dan pelajaran anak-anaknya. Sentiasa tegas dalam mendidik anak-anak dan kadang-kadang dapat bergurau (seloroh) walaupun ambo melihatnya sebagai orang yang bekeng (garang). 

                 Setiap hari mesti akan keluar soalan tentang sembahyang kepada ambo pada masa tu agak liat untuk mengerjakannya. Jika jawapan ambo "dok semaye lagi", dia akan cepat-cepat mengambil rotan untuk memberi amaran kepada ambo supaya pergi sembahyang dengan segera.

                Menjadi rutin, apabila ayah ambo pergi ke masjid dan sekiranya tidak melihat ambo di masjid, maka bila dia balik ke rumah akan menegur dan membuat perbandingan dengan rakan-rakan seusia dengan ambo yang pergi sembahyang di masjid. Sejak kecil lagi ambo dilatih supaya sentiasa berjamaah di masjid yang hanya berada kira-kira 300 meter dari rumah ambo.

           Pernah suatu hari semasa ambo sedang tengok tv pada waktu maghrib (masa tu ambo belum sembahyang maghrib) tiba-tiba singgah rotan atas belakang ambo menyebabkan ambo cepat-cepat berlari untuk pergi mandi dan solat. Memang sakit kalu kena rotan ayah ambo.

                Dari segi pelajaran, ambo merupakan seorang yang lemah dalam belajar. Sering kali ambo ditegur dan diberikan nasihat oleh arwah ayah ambo yang menyuruh ambo belajar betul jika tidak mahu kerja penat nanti. Memang berbaloi apa yang dinasihatkan oleh ayah ambo walaupun dia tidak sempat melihat kejayaan ambo menjejakkan kaki ke universiti dan bergelar sebagai pendidik. 


                 Apabila ambo terkenang akan arwah ayah ambo, hampir mentis air mata ambo kerana terkenang kesusahan hidupnya sejak dia kecil hinggalah dia kembali ke rahmatullah. Semasa dia meninggalkan ambo dan adik-beradik yang lain, hanya abang sulong seorang sahaja yang baru bekerja sedangkan mak ambo tidak bekerja. Ini bermakna lapan orang adik beradik ambo yang lain terpaksa disara oleh abang sulong ambo yang ketika itu hanya bekerja sebagai penjual beras.

                 Kalaulah ambo berada di tempat abang sulong pada waktu itu, tidak tahulah apa yang ambo boleh buat bagi menggalas beban yang diamanahkan oleh arwah ayah ambo. Terasa bebanan yang diterima oleh abang ambo sangat berat walaupun tidak kelihatan pada wajahnya tentang kebimbangan untuk menyara adik-adiknya yang ramai. 

                   Mungkin kebimbangan pada masa itu sedang dirasai oleh ibu ambo yang tersayang kerana terfikirnya hendak menyekolahkan adik-beradik ambo yang ramai. Mujurlah pada tahun itu abang kedua ambo yang baru tamat belajar di Universiti Malaya dapat posting pada bulan Jun. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban abang sulong dan mak ambo waktu itu.

Sinar Baru

                    Hari ini keluarga ambo sudah menampakkan sedikit perubahan apabila ambo dan tiga kakok (abang dan kakak) telah pun bekerja dan dapat membantu meringankan beban keluarga ambo. Semasa ayah ambo meninggal, adik bongsu ambo ketika itu baru berumur satu tahun setengah dan kini berumur 13 tahun, menuntuk di Mahad Tahfiz Banggol Chica. Ambo berasa amat bangga kerana ada adik beradik ambo yang dapat belajar dalam bidang tahfiz walaupun ambo tidak berpeluang ke sana. Hampir kesemua adik-beradik ambo mendapat pendidikan berlatar belakang bidang agama kecuali ambo yang hanya belajar di sekolah sekular sahaja.

                    Semoga adik ambo berjaya menjadi seorang huffaz yang hebat dan bergelar ulama terkemuka dunia yang memperjuangkan agama Allah s.w.t. Pasti ayah ambo tersenyum puas apabila mengetahui anaknya dapat menjadi huffaz al-Quran yang menjadi cita-citanya suatu ketika dahulu.















































Kenangan semasa singgah di benteng sempadan Johor/Singapura ketika pergi ke majlis walimah abang ambo di Johor

Friday, April 20, 2012

Kejutan 2012

Pada hari Isnin 5/3/2012 merupakan hari kejutan buatku dan sahabat seperjuangan. Seorang rakan sejawatan telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit misteri. Setelah tiga bulan "menderita" penyakit yang tidak diketahui puncanya, kawan tersebut telah dijemput mengadap ilahi pada hari Isnin yang lalu di rumahnya di Sungkai, Perak.

Sungguh mengejutkan kerana sepanjang aku mengenali allahyarham, dia seorang yang periang dan ceria serta tidak ada sebarang penyakit kronik atau merbahaya. Namun, semasa bertugas mengawas peperiksaan SPM 2011 di SMK Balleh, beliau telah mula menunjukkan ciri-ciri sakit yang sukar jangka puncanya. Kulitnya kelihatan berbintik-bintik dan sering mengalami batuk serta keadaan badan yang tidak berupaya mendorong beliau untuk mengetahui punca penyakitnya.

Masuk Wad

Setelah ditahan selama beberapa hari di hospital Kapit, beliau dibenarkan pulang ke rumah dengan ketidakjelasan jenis penyakitnya. Beliau disuruh mendapatkan rawatan lanjut di Semenanjung kerana tiada kesan sembuh semasa menerima rawatan di hospital Kapit. Jadi, setelah balik ke kampungnya menerima rawatan, beliau ditahan pula di Hospital Ipoh selama beberapa hari dan dibenarkan pulang setelah tiada penyakit yang dikesan terhadap dirinya. Pelbagai usaha dilakukan oleh ahli keluarganya termasuklah berubat menggunakan perubatan alternatif namun tidak berkesan.

Kuasa Allah

Setelah beberapa minggu berada di rumah dalam keadaan tidak bermaya dan sering sakit-sakit. Aku dikhabarkan oleh sahabat di tempatnya mengatakan Ashraf telah kembali ke rahmatullah.

Semoga pemergiannya ke rahmatullah membawa segala amalan yang dilakukan semasa hayatnya.

Futsal Wakaf Merah

         Futsal Wakaf Merah yang terletak di Kampung Wakaf, Tendong Pasir Mas (jalan Pasir Pekan-Pasir Mas) merupakan gelanggan futsal persendirian yang dimiliki secara bersama oleh anak-anak arwah Wan Othman bin Wan Mamat.
         Pembinaan gelanggang futsal ini yang menelan kos sebanyak lebih RM300 ribu (tidak termasuk harga tanah) merupakan satu cubaan berani pakatan adik beradik di atas sebidang tanah peninggalan arwah Wan Othman.

       Memiliki bangunan seluas 4500 kaki persegi yang dapat memuatkan dua gelanggang futsal dapat mengatasi kesesakan pemain yang kian bertambah dan pasti tidak akan mengecewakan pengguna.

Pengguna pasti akan berpuas hati dengan keselesaan gelanggang ini

   
  Tujuan pembinaan gelanggang ini adalah bagi memudahkan golongan yang berminat dalam bidang sukan futsal untuk mereka beriadah dan bersosial dengan lebih bermanfaat. Hal ini kerana, di kampung tersebut, sudah lama golongan muda tidak dapat melibatkan diri dalam bidang sukan kerana ketiadaan kawasan permainan akibat pembangunan yang kian pesat membangun.

       Oleh itu, dengan pembinaan gelanggan futsal wakaf merah ini diharapkan golongan muda yang sebelum ini terpaksa pergi ke tempat yang jauh untuk bermain futsal dapat bermain berdekatan dengan kawasan mereka.

untuk keterangan lanjut tentang tempahan gelanggan sila hubungan pengurus en wan syaufi 014 5364242

Sunday, April 15, 2012

Mengimbas Kenangan

Assalamualaikum

Peristiwa mengejutkan. Ketentuan Ilahi

Dalam beberapa minggu ini aku sering terfikirkan kepada beberapa orang kenalan yang telah kembali ke rahmatullah. Semua daripada mereka merupakan orang yang baik-baik dan taat pada agama. Lalu aku jadi terfikir bilakah aku akan mengikut jejak langkah mereka kerana aku pasti suatu hari nanti giliran aku pasti menjelma.

Kenalanku yang meninggal dunia semua akibat daripada kemalangan jalan raya. Terasa pada diriku yang menjadi pengguna setia jalan raya ini mungkinkah aku juga seperti mereka?nauzubillah...mintalah dijauhkan daripada ditarik nyawaku kerana kemalangan sebegitu,tragis. Namun, sekiranya tuhan menghendaki maka terjadi juga.

Arwah kenalanku, walau tidaklah rapat sangat pun telah banyak menyedarkan aku tentang perkara kebaikan kerana daripada sudut pandanganku terhadap mereka, semuanya aku respect. Aku sentiasa kagum dengan sikap dan usaha yang ditunjukkan mereka dalam menempuhi kehidupan seharian yang penuh onak dan duri.

Seorang kenalan telah meninggal pada Januari lalu selepas genap sebulan mendirikan rumah tangga manakala seorang lagi meninggal dunia minggu lepas setelah terbabit dengan kemalangan semasa dalam perjalanan ke sekolah. Arwah juga baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan dikatakan isterinya sedang mengandungkan anak arwah. Sungguh berat ujian yang menimpa kedua-dua isteri arwah namun inilah yang dikatakan suratan takdir. Sesungguhnya tuhan tidak akan membebankan mereka yang tidak mampu memikulnya. Semoga isteri arwah sentiasa tabah dengan kejadian yang menimpa.

Pada minggu lepas juga aku diberitahu sahabatku bahawa kawannya yang mengajar di Limbang terbabit dengan kemalangan dan kembali ke rahmatullah semasa dalam perjalanan ke hospital. Arwah adalah seorang guru di sekolah rendah di Limbang yang masih bujang merupakan guru yang berasal dari Tumpat Kelantan juga dikatakan sebagai seorang yang baik dan peramah.

2 tahun yang lalu, sahabat baikku juga dijemput Penciptanya setelah terbabit kemalangan semasa pulang dari mengambil rakannya di stesen kereta api Tanjung Malim. Arwah yang pada masa itu sedang belajar dalam jurusan pendidikan khas telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.

Semua peristiwa ini sentiasa bermain di fikiranku termasuk juga terhadap arwah ayahku tersayang yang telah kembali ke rahmatullah sejak 11 tahun yang lalu. Arwah bapaku telah meninggal dunia pada 24 April 2001 bersamaa 1 Safar 1422H semasa aku di tingkatan 4. Kenangan bersamanya masih segar diingatan walaupun sudah 11 tahun meninggalkan aku. Teringat kata-katanya kepadaku supaya belajar rajin-rajin sebab ore jate dan jange baloh nga adik beradik (jangan bergaduh dengan adik beradik).

Sebenarnya banyak pesanan arwah ayahku kepadaku yang sampai loni masih aku ingat. Ya Allah...tenangkanlah arwah ayahku Wan Othman bin Wan Mamat di dalam syurgamu bersama para solehin. Amin.

Sunday, May 1, 2011

BBQ Hari Pekerja


Sepanjang sembilan bulan berada di Kapit, inilah kali pertama kawe bersama saing-saing serumah mengadakan BBQ. Program ini dilakukan pada hari Ahad dan secara kebetulan pula jatuh pada hari pekerja (1 Mei).
Saing yang telah menyediakan ramuan ayam bakar ini ialah saudara Faizal iaitu Cikgu SMK Kapit manakala saing yang telah mengoreng bihun ialah saudara Nazri dari SMK Selirik.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah menghilangkan kebosanan berada di pedalaman Kapit yang jauh terpencil dari bandar-bandar besar. Ia juga sebagai "melupakan sekejap" bebanan kerja seharian walaupun semasa aktiviti ini dilakukan kepalaku masih teringat soalan peperiksaan pertengahan tahun yang belum siap dibina.
Pada pagi hari, kawe bersama Matyie telah membeli barang-barang untuk bakar ayam ini. Terima kasih kepada saing-saing yang duduk serumah dengan kawe kerana berjaya membuat BBQ pada malam ini.
Semoga aktiviti yang kita lakukan ini dapat menghilangkan kebosanan dan kerinduan kita kepada kampung halaman masing-masing.

Soalan Sejarah Pertengahan Tahun Tingkatan 5

Kertas 2

Bahagian A
[40 Markah]

Jawab semua soalan

1. Rajah berikut berkaitan dengan sistem perundangan kerajaan Melayu di Tanah Melayu sebelum penjajah Barat.






a) Nyatakan dua undang-undang tidak bertulis.
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
b) Senaraikan dua undang-undang bertulis.
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Berikan dua bukti pengaruh Islam dalam sistem perundangan kerajaan Melayu.
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
d) Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang kerajaan Melayu?
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
e) Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia?
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
2. Rajah berikut berkaitan dengan kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.














a) Apakah X dan Y?
X : _____________________________________________________________________
Y : _____________________________________________________________________
[2 markah]

b) Bagaimanakah sistem pendidikan dapat membangkitkan semangat nasionalisme?
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Senaraikan dua buah karya kesusasteraan yang membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
[2 markah]
d) Nyatakan dua pengaruh luar yang mempengaruhi kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
[2 markah]
e) Andaikan anda seorang pengerusi persatuan sejarah di sekolah. Cadangkan dua aktiviti persatuan yang boleh memperkukuh semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan warga sekolah anda.
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
3. Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. Pengisytiharan ini menimbulkan bantahan penduduk tempatan di Sarawak.
a) Mengapakah Vyner Brooke bertindak sedemikian?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
[1 markah]
b) Senaraikan dua persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.
i. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Mengapakah penduduk tempatan Sarawak menentang penyerahan ini?
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
d) Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan tersebut?
i. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[3 markah]
e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan tersebut gagal?
i. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]




4. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor atau Perlembagaan Negeri Johor telah diperkenalkan pada tahun 1895.
a) Siapakah yang memperkenalkan undang-undang tubuh tersebut?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
[1 markah]
b) Apakah tujuan undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan?
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Berdasarkan undang-undang tubuh tersebut, nyatakan dua syarat penabalan seorang sultan.
i. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
d) Nyatakan bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan berikut berdasarkan undang-undang tubuh tersebut.
i. Majlis Negeri : ____________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. Jemaah Menteri : ____________________________________________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada negara kita?
i. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[3 markah]




Bahagian B
[60 Markah]

Jawab tiga soalan sahaja


5. a) Terangkan faktor perkembangan:
i. kerajaan Agraria [6 markah]
ii. kerajaan Maritim [6 markah]

b) Buktikan bahawa kedua-dua kerajaan tersebut saling bergantungan atau saling melengkapi antara satu sama lain. [4 markah]

c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan tersebut, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia. [4 markah]

6. Dari tahun 300 M. Hingga 610 M., masyarakat Arab hidup pada zaman yang dikenali sebagai Jahiliah.

a) Mengapakah masyarakat pada zaman tersebut dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah? [4 markah]

b) Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. [10 markah]

c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah menghalang pembentukan masyarakat bermoral? [6 markah]




Ciri-ciri Negara dan Bangsa
• Negara
• Bangsa
• Kerajaan
• Perlembagaan

7. (a) Berdasarkan rajah di atas, terangkan keempat-empat ciri negara dan bangsa.
[8 markah]
(b) Jelaskan pembentukan Negara dan bangsa oleh tokoh-tokoh di bawah:
i. Count Camilio Benso di Cavour (Itali) [4 markah]
ii. Otto Eduard von Bismark (Jerman) [4 markah]

(c) Negara kita Malaysia dibentuk tanpa pertumpahan darah.
Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. [4 markah]
8. Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Negara kita sebelum merdeka.

Tarikh Peristiwa
1 Februari 1948 British membentuk Persekutuan Tanah Melayu

a) Terangkan faktor British mengambil tindakan di atas. [10 markah]
b) Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses pembentukan persekutuan tersebut.
[4 markah]

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembentukan Negara dan bangsa Malaysia? [6 markah]

9. a) Apakah maksud pakatan murni? [2 markah]

b) Terangkan usaha penduduk pelbagai kaum mengadakan pakatan murni sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. [10 markah]

c) Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.
i. Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu dihayati dan diamalkan? [4 markah]
ii. Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan pengamalan semangat tersebut oleh warga Malaysia. [4 markah]