Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Saturday, April 21, 2012

Bekok oh Bekok


Suatu Ketika di Bekok, Segamat, Johor.

Smk. Bekok merupakan sebuah sekolah menengah di daerah Segamat yang terletak kira-kira 24 KM dari Pekan Labis dan kira-kira 59 KM dari bandar Segamat.

Sekolah tersebut mempunyai jumlah pelajar lebih kurang 600 orang dengan majoriti pelajar terdiri daripada pelajar cina. Hal ini disebabkan kampung Bekok merupakan sebuah kampung yang diduduki oleh majoriti kaum cina. Lain-lain kaum yang mendapat pendidikan di SMK Bekok ialah kaum Melayu, India dan Asli.

Menurut sumber penduduk tempatan, pada tahun 1970-an, jumlah kaum Melayu yang tinggal di kampung Bekok adalah tidak melebihi 20 orang dan mereka dikelilingi oleh kebanyakan masyarakat cina. Pertambahan penduduk Melayu disebabkan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getah serta petempatan Melayu yang dinamakan kampung Melayu Baru Bekok.

Antara ladang-ladang yang terdapat di Bekok ialah Ladang Eldred, Ladang Chanwin, Ladang Gunung Mas. Ladang-ladang ini dihuni oleh masyarakat Melayu dan India yang sentiasa bekerjasama dengan setiap perkara yang dilakukan.

Sekolah ini merupakan tempat aku menjadi guru sementara menunggu penempatan sebagai guru tetap. Selama tujuh bulan aku berada di Smk Bekok, banyak ilmu yang aku perolehi hasil daripada penglibatan aku dalam pelbagai bidang semasa bertugas di situ. 

Kenangan berada di Bekok selama tujuh bulan tidak akan kulupakan kerana suasana harmoni Pekan Bekok dan sekolahnya membuatkan aku terasa ingin mengunjunginya semula nanti. Semoga Smk Bekok terus gah dan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan rohani dan juga jasmani. 

No comments: