Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Friday, April 20, 2012

Futsal Wakaf Merah

         Futsal Wakaf Merah yang terletak di Kampung Wakaf, Tendong Pasir Mas (jalan Pasir Pekan-Pasir Mas) merupakan gelanggan futsal persendirian yang dimiliki secara bersama oleh anak-anak arwah Wan Othman bin Wan Mamat.
         Pembinaan gelanggang futsal ini yang menelan kos sebanyak lebih RM300 ribu (tidak termasuk harga tanah) merupakan satu cubaan berani pakatan adik beradik di atas sebidang tanah peninggalan arwah Wan Othman.

       Memiliki bangunan seluas 4500 kaki persegi yang dapat memuatkan dua gelanggang futsal dapat mengatasi kesesakan pemain yang kian bertambah dan pasti tidak akan mengecewakan pengguna.

Pengguna pasti akan berpuas hati dengan keselesaan gelanggang ini

   
  Tujuan pembinaan gelanggang ini adalah bagi memudahkan golongan yang berminat dalam bidang sukan futsal untuk mereka beriadah dan bersosial dengan lebih bermanfaat. Hal ini kerana, di kampung tersebut, sudah lama golongan muda tidak dapat melibatkan diri dalam bidang sukan kerana ketiadaan kawasan permainan akibat pembangunan yang kian pesat membangun.

       Oleh itu, dengan pembinaan gelanggan futsal wakaf merah ini diharapkan golongan muda yang sebelum ini terpaksa pergi ke tempat yang jauh untuk bermain futsal dapat bermain berdekatan dengan kawasan mereka.

untuk keterangan lanjut tentang tempahan gelanggan sila hubungan pengurus en wan syaufi 014 5364242

1 comment:

Anonymous said...

rasa berminat nak anjur tournament di sini