Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Tuesday, February 22, 2011

Soalan Kesusasteraan Melayu SPM

Ujian Pertengahan Penggal 1 SMK Kapit No. 2

Bahagian 1
(40 Markah)

Jawab semua soalan pada bahagian ini.

Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan.

1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Di celah-celah pasar kesibukan hidup
sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian minta didekati
peti kecil tersandang di bahu kerdil
dia bukan pengemis jalanan
tapi menjual perkhidmatan
dia bukan pencopet buruan
tapi menagih pengertian.

(dipetik daripada Antologi Madu Ilmu)

a) i. Apakah maksud asonansi?
_____________________________________________________________________
(1 markah)
ii. Berikan satu contoh asonansi berdasarkan puisi di atas.
_____________________________________________________________________
(1 markah)
b) Nyatakan dua ciri petikan puisi di atas.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
(2 markah)


2. Rangkai kata di bawah terdapat dalam Hikayat Indera Nata. Berikan maksud rangkai kata tersebut.

a) Terlalu sukacitanya - __________________________________________ (1 markah)
b) Seraya menceretakan - _________________________________________ (1 markah)
c) Baharulah ingat akan hal perbuatannya - ___________________________ (1 markah)
d) Dikerasinya hatinya - __________________________________________ (1 markah)



3. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Maka lalu dipeluknya kaki bondanya seraya kata baginda, “Lihatlah bonda kelakuan anakanda kedua ini seperti ayam kematian ibunya; sampailah hati bonda meninggalkan anakanda kedua selaku ini.”

(Petikan daripada Hikayat Nakhoda Muda dalam Seuntai Kasih Secebis Harapan)

a) Apakah teknik penceritaan yang digunakan dalam petikan di atas?

________________________________________________________________________
(1 markah)
b) Apakah nama ‘anakanda’ yang terdapat dalam petikan di atas?

________________________________________________________________________
(1 markah)

c) Apakah yang menyebabkan ‘anakanda’ memeluk kaki bondanya?

________________________________________________________________________
(1 markah)

d) Tuliskan nama adik ‘anakanda’ tersebut?

(1 markah)


4. Berdasarkan cerpen Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof, jawab soalan berikut.

a) Apakah nama anak Siti Halijah?
i. __________________________________ (1 markah)
ii __________________________________ (1 markah)

b) Nyatakan dua latar masa yang berlaku dalam cerpen tersebut?
i. __________________________________ (1 markah)
ii __________________________________ (1 markah)





5. Dalam penulisan cerpen, pengarang banyak menggunakan teknik penceritaan imbas kembali.
a) Apakah maksud imbas kembali?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

b) Nyatakan dua sebab pengarang menggunakan teknik imbas kembali dalam penulisan cerpen?
i) __________________________________________________________________
ii) __________________________________________________________________



6. Berikut merupakan nama pengarang dan cerpen yang dihasilkannya. Lengkapkan jadual tersebut.

Nama cerpen Pengarang
1. Seekor Manusia Seorang Binatang
2. Rahman Haji Yusof
3. Tagung
4. Ria Asmira
(4 markah)


7. Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang mengungkapkan tema kerendahan moral seorang gadis yang tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri.

a) Siapakah watak utama cerpen tersebut?
___________________________________________________________________________
(1 markah)
b) Namakan watak bekas kekasih watak utama cerpen tersebut?
___________________________________________________________________________
(1 markah)
c) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut?
i. ___________________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________________
(2 markah)





8. Dalam drama terdapat babak dan adegan.

Apakah yang dimaksudkan dengan:

a) Babak:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(2 markah)
b) Adegan:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(2 markah)



9. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Mohd Ishak Abd Rahman, tuliskan nama berdasarkan perwatakan yang telah diberikan.

Watak Perwatakan
Seorang yang prihatin terhadap masa depan anak dan cucu.
Seorang ibu yang pandai mendidik dan memberikan kasih saying terhadap anak.
Dikagumi oleh kebanyakan pelajar kerana kepandaian dan kekreatifannya.
Seorang yang bermasalah dan suka bertindak melakukan perkara yang tidak disenangi oleh orang lain.
(4 markah)

10. Dalam kajian sesebuah novel, terdapat aspek gaya bahasa yang perlu dikaji. Nyatakan empat aspek yang bahasa yang biasa anda kaji.

a) _________________________________________________
b) _________________________________________________
c) _________________________________________________
d) _________________________________________________
(4 markah)







Bahagian 2
(60 markah)


Bahagian A
Puisi tradisional dan prosa klasik


Pilih satu soalan pada bahagian ini.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Anak Cina bertimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak terjual beli.

Apalah tanda batang putat,
Batang putat bersegi buahnya,
Apalah tanda orang beradat,
Prang beradat tinggi maruahnya.

Batu kecubang warna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur,
Adat semang pulang ke dusun,
Adat belut pulang ke lumpur.

a) Apakah jenis puisi di atas? (2 markah)
b) Huraikan ciri-ciri puisi di atas? (10 markah)
c) Apakah pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas? (8 markah)

2. Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, jawab soalan-soalan berikut.

a) Apakah alasan Encik Siti hendak mencari suami untuk Tuan Puteri Sa’dung? (3 markah)
b) Mengapakah Tuan Puteri Sa’dung bersetuju ke benua Siam? (3 markah)
c) Gambarkan peristiwa peperangan antara tentera Siam dengan Sultan Abdullah.
(14 markah)




Bahagian B
Puisi Moden dan Drama

Pilih satu soalan pada bahagian ini.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Anak Global

Gerabak mulai pasang manusia.

Di depanku kerusiku
Seorang anak muda
Zaman mewah

Dari jarak jauh dia anak bangsa
Pakaiannya mengingat mangsa
Ekonomi belum tersembam
Di depan rakyat yang tersentak jatuh.

Dari dekat dia dibintangi
Nama dan warna dunia.
Beg sandang kelabu memanjat High Sierra
Cermin mata hitamnya dari kompeni Oakley
Baju-t bangganya mengiklankan
Tempat asalnya, Hard Rock Cafe, New York,
Jean Levi’s bernombor siri
Ada lencana Planet Hollywood
Sandal dari adidas
Jam menyembul G-Shock
Dan telefon bimbitnya Nokia.

Aku menanya dalam diri
Celana dalam pasti dari luar negeri
Dan ubat jerawat dibeli mengikut
Arahan iklan mana?
Kucari diri Malaysianya
Tapi yang kutemui
Kulitnya sehitam tanganku,
Hidungnya agak penyek
Dan ada bau pantai yang memanjat
Ke udara kereta api.
Namun bahasanya aku tidak mengerti,
Dua patah Melayu ditimbun sepuluh
Inggeris, dipinjam dari majalah anak muda.
Aku tunduk
Mencari Malaysianya,
Yang mungkin terjatuh
Ke bawah kerusinya.

Aksara Usia, 2005

a) Nyatakan tema sajak di atas? (4 markah)
b) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas? (8 markah)
c) Jelaskan nilai yang terkandung dalam sajak tersebut? (8 markah)


4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir, jawab soalan-soalan berikut.

a) Huraikan watak dan perwatakan Imran? (10 markah)
b) Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd Kadir? (10 markah)


Bahagian C
Cerpen dan Novel

Pilih satu soalan pada bahagian ini.

5. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muahammad Isa al-Jambuli, jawab soalan-soalan berikut.

a) Huraikan teknik penceritaan yang terdapat dalam cerpen tersebut? (8 markah)
b) Jelaskan tiga nilai dan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut? (12 markah)


6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, karya Ramlah Abd Rashid.

a) Nyatakan tiga latar tempat dalam dan peristiwa yang berlaku dalam novel tersebut. (12 markah)
b) Huraikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ?

Friday, February 11, 2011

Cerpen Warna Hati Seorang Datin

WARNA HATI SEORANG DATIN
(Rahman Haji Yusof)

Tema
Bertemakan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan antara mereka renggang dan tidak mesra. Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang terputus. Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak-anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya, impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.

Persoalan
1. Kasih sayang. Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul.
2. Ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga. Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang.
3. Amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan. Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga telah diceraikannya.
4. Permasalahan/pergolakan dalam alam rumah tangga kesan daripada amalan poligami.
5. Kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Contoh: semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.


Watak dan Perwatakan
1. Datin
- Watak utama dalam cerita.
- Isteri pertama Datuk.
- Dikurniai 9 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir.
- Seorang anaknya iaitu Basir mengalami cacat anggota.
- Sangat membenci madunya iaitu Siti Halijah sebelum kematian Datuk. Contoh: Datin menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami.
- memainkan peranan agar anak-anaknya tidak mengenali adik-beradik tiri mereka yang lain walaupun titisan darah di tubuh masing-masing adalah titisan darah daripada seorang bapa.
- Insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali terjalin.
- Seorang yang sensitif.

2. Datuk
- Watak sampingan dalam cerita.
- merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan.
- Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani.

- Semasa hidupnya, pernah berkahwin lebih daripada seorang iaitu empat kali berkahwin (Isteri pertama-Datin, isteri kedua-Cikgu Jalilah, isteri ketiga-Syarifah Aminah dan Isteri keempat-Siti Halijah). Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga diceraikan.
- Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai kaum.
- Mempunyai 14 orang anak hasil perkongsian hidup daripada keempat-empat orang isterinya iaitu 9 orang anak daripada isteri pertama, 2 orang anak daripada isteri kedua, seorang anak daripada isteri ketiga dan 2 orang anak daripada isteri keempat.
- Terlibat sama merancang untuk membuka rancangan FELDA bersama-sama dengan Tun Abdul Razak.
- Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat. Contoh: Datuk mempunyai jasa yang besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di kawasan tersebut.
- Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan Zaleha. - - Punca kepada kerenggangan hubungan keluarga. Contoh: Semasa masih hidup, Datuk gagal mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri kerana sikap Datuk sendiri yang tiada usaha untuk menghimpunkan anak-anak pada suatu pertemuan.


3. Siti Halijah
- Watak sampingan dalam cerita.
- Isteri keempat Datukdan madu Datin yang paling muda.
- Dikurniai dua orang anak. Anak-anaknya masih kecil iaitu Zety berumur 4 tahun dan Zul berumur 18 tahun.
- Seorang yang sangat menyayangi suaminya. Contoh: Siti Halijah sangat mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.
- Dianggap perampas suami oleh Datin dan anak-anak Datin.
- Tidak dianggap sebagai ibu tiri oleh anak-anak Datuk yang sudah berumah tangga tetapi dianggap sebagai madu.
- Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri. Contoh: Siti Halijah menerima dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang menentang perkahwinannya dengan Datuk.

4. Jahara
- Watak Sampingan dalam cerita.
- Anak sulung Datuk dan Datin.
- Suaminya bernama Iskandar.
- Sangat membenci ibu tirinya iaitu Siti Halijah termasuk anak-anaknya.


5. Cikgu Jalilah
- Isteri kedua Datuk.
- Sudah hampir 25 tahun berpisah dengan Datuk.
- mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan Zaleha.
- Mempunyai rumah di Singapura.

Watak-watak Lain
1. Syarifah Aminah
- Isteri ketiga Datuk.
- Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik.

2. Suhada
- Anak Datuk dan Datin.
- Sangat membenci Siti Halijah.
- Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti Halizah sebagai sebuah tentang terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan ayahnya.

3. Atifah
- Anak Datuk dan Datin.
- Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah.
- Anak sulungnya berumur dua tahun.

4. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir.
- Anak-anak Datuk dan Datin.

4. Amri dan Zaleha
- Anak Datuk dan Cikgu Jalilah.
- Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula tinggal di Sarawak.
- Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka.

5. Taufik
- Anak Datuk dengan Syarifah Aminah.

Latar
1. Latar Tempat
- Rumah pusaka – Rumah peninggalan arwah suami Datin.
- KLIA – tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke rumah Datin.
- Sabah - Tempat Amri menetap.
- Sarawak – Tempat Zaleha menetap.
- Singapura – Rumah cikgu Jalilah.
- Kelantan – Tempat Taufik menetap.

2. Latar Masa
- Berlaku 1 hari iaitu bermula pada waktu subuh sehinggalah malam.

3. Latar/citra Masyarakat
- Masyarakat yang mementingkan permaufakatan dan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas. Contoh: semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.
- Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
- Masyarakat yang tabah.
- Masyarakat yang penyayang. Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul. Begitu juga, Siti Halijah sangat menyayangi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.
- Masyarakat yang murah hati. Contoh: Setiap yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menghulurkan derma sebagai simpati.

Gaya Bahasa
1. Personifikasi.
- Dingin pagi terasa menggigit tulang (ms 58)


2. Similie
- dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (ms 61)
- malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang diperhatikan (62)

3. Repitisi Anafora
“Tunggu apa lagi, mak?”
“Tunggu apa lagi, Datin?”
“Tunggu apa dan siapa?” (ms 70)

4. Hiperbola
- Terasa sayu membelah hati. (ms 75)

Analisis Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang - Muhammad Isa al-Jambuli

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula anak yang telah ditinggalkannya itu.



TEMA
Bertemakan tentang keinsafan seorang ibu atas kesalahan dan keterlanjuran diri hasil daripada hubungan luar nikah. Zaniyah yang telah melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir hutan tersebut. Namun, setelah melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf dan lantas mendapatkan semula anak yang ditinggalkannya.


PERSOALAN
1. Pembuangan bayi. Contohnya, Zaniyah telah bertindak meninggalkan bayi yang telah dilahirkannya di pinggir sungai Lembah Darah Terbelah kerana tidak mahu menanggung malu melahirkan anak luar nikah.
2. Hubungan tanpa ikatan perkahwinan. Contohnya, Zaniyah pernah mempunyai hubungan dengan suami orang. Setelah meninggalkan lelaki tersebut, Zaniyah kemudian menjalinkan hubungan dengan Zaney menyebabkan dia telah hamil anak luar nikah.
3. Pergaulan bebas dalam kalangan muda mudi (budaya hedonisme). Contohnya, Zaniyah telah menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney dan seterusnya menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan.
4. Ketidaksetiaan dan kecurangan dalam perhubungan. Contohnya, Ibu Zaniyah walaupun sudah bersuami tetapi telah bertindak curang dengan sanggup melarikan diri bersama pemuda lain hanya kerana rupa, harta, kuasa dan kedudukan.
5. Kasih sayang. Contohnya, ibu monyet bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir dimakan oleh buaya.
2. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney telah menghilangkan diri setelah Zaniyah hamil.

WATAK DAN PERWATAKAN
1. Zaniyah
- Watak utama.
- Berasal dari kampung dan telah menetap di kota.
- Anak perempuan kepada lelaki yang menjadi tali barut semasa zaman pendudukan Jepun.
- Bertindak mengikut perasaan. Contohnya, Zanyiah telah pergi ke hutan Lembah dara untuk melahirkan bayinya dan seterusnya telah bertindak untuk meninggalkan bayi tersebut. (ms 50)
2. Pernah menjadi mangsa buaya darat dan pasangan belangkas darat kepada Zaney. (ms 51)
3. Cepat menerima pujukan. Contohnya, Zaniyah dengan mudah menerima kata-kata pujukan Zaney untuk meninggalkan lelaki yang dikatakan sudah berbini dan seterusnya menjadi pasangan kekasih kepada Zaney.(ms 51)
4. Menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney. Contohnya, Zaniyah menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney. (ms 52)
5. Insaf akan kesalahan diri. Contohnya, Zaniyah telah mendapatkan semula bayinya yang telah ditinggalkan di pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah setelah melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa menyelamatkan anaknya yang hampir dimakan buaya.

2. Zaney
- Pandai memujuk. Contohnya, Zaney menggunakan kata-kata manisnya untuk mendapatkan Zaniyah.
- Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney tidak bertanggungjawab atas keterlanjuran hubungannya dengan Zaniyah dan telah bertindak meninggalkan Zaniyah yang sedang hamil hasil hubungan mereka.

3. Ibu Monyet
- Berperasaan seperti manusia.
- Sanggup berkorban nyawa demi anaknya.

4. Ibu Zaniyah
- Mempunyai dahi yang licin. (ms 54)
- Seorang isteri yang curang atau tidak setia. Contohnya, walaupun masih bersuami tetapi dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan telah lari bersama lelaki tersebut ke Selatan Thailand. (ms 54)

5. Ayah Zaniyah
- Merupakan seorang tali barut tenteraJepun semasa zaman pendudukan Jepun. (ms 54)
- Seorang kacak dan gagah semasa zaman mudanya. (54)
- Menggunakan kedudukan, harta dan kuasa untuk memenuhi tuntutan nafsu. Contohnya, kuasa, harta dan kedudukan yang ada pada ayah Zaniyah semasa zaman pendudukan Jepun menyebabkan dia telah berjaya merampas isteri orang dan bertindak melarikannya ke Selatan Thailand.

6. Suami
- Terbunuh dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya.
- Difitnah sebagai tali barut Inggeris.


LATAR TEMPAT
1. Pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah (bawah pokok menggading besar)

- Tempat Zaniyah melahirkan bayi, seterusnya meninggalkan bayi tersebut. (ms 50)


LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang kejam. Contohnya, Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya.
2. Masyarakat kota yang lair. Contohnya, Zaniyah mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum menjadi kekasih kepada Zaney dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney.
3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan Zaniyah setelah merosakkannya.
4. Masyarakat yang mementingkan harta, kuasa dan kedudukan. Contohnya, ibu Zaniyah seeorang yang mementingkan harta, kuasa dan kedudukan kerana sanggup meninggalkan suaminya untuk mengikuti lelaki lain yang lebih berkedudukan.
5. Masyarakat binatang yang penyayang. Contohnya, ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya yang hampir dibaham buaya.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Contohnya, Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah merosakkan Zaniyah sehingga hamil anak luar nikah.
2. Kita seharusnya menyayangi anak. Contohnya, Zaniyah seharusnya menyayangi anak yang telah dilahirkan dan bukan membuangnya.
3. Kita hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan. Contohnya, Zaniyah seharusnya bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya membuang bayi.
4. Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan. Zaniyah seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga.
5. Kita hendaklah menjauhi dan menginsafi segala perbuatan yang terkutuk. Contohnya, Zaniyah seharusnya menjauhi perbuatannya seperti menjalin hubungan tanpa ikatan perkahwinan.
6. Kita hendaklah mempunyai sikap sanggup berkorban. Contohnya, ibu monyet sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dimakan buaya.

NILAI
1. Kasih sayang
2. Belas kasihan
3. Harga diri
4. Berani
5. Keinsafan


TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
- Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah rasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. (ms 50)

2. Imbas kembali/flashback
- Pengarang menceritakan peristiwa Zaney memujuk Zaniyah supaya meninggalkan kekasih Zaniyah yang dikatakannya sudah beristeri dan mempunyai anak. (ms 51)

- Pengarang menceritakan semula peristiwa pernikahan ayah dan ibu Zaniyah yang berlaku pada zaman pendudukan Jepun. Peristiwa berkisar mengenai ibu Zaniyah yang pada mulanya sudah bersuami tetapi bertindak curang dan telah mengikuti lelaki lain kerana harta, kuasa dan kedudukan. (ms 54)


GAYA BAHASA
1. Pemilihan diksi
- Memang begitulah, waktu tidak menjadi perhitungan dan masa berlalu di luar kesedaran apabila diri dihanyutkan oleh arus lautan qhaflah, dilambung gelombang dalalah.

2. Hiperbola
- Jantung hatinya kencang berdengup dijentik debaran cemas dan takut yang berterusan. (ms 50)

3. Personifikasi
- Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri kemunculan sang suria. (ms 52)
- Air yang keruh itu mengalir lesu. (ms 52)


4. Singkop
- Dia tu dah punya bini. (ms 51)
tu – itu
dah - sudah

5. Paradoks
- Keruh air di hulu, keruhlah air di hilir. (ms 53)
6. Repitisi anafora
- Terus ke kuala. Terus ke samudera luas yang bergelombang ganas. (ms 54)