Selamat Datang Ke Laman Titisan Embun

Ya Allah..tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, rezeki yang dilimpahkan dari sumber yang halal...amin

Tuesday, March 1, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD dan MSS Kapit 2011

Kapit - 1 Mac 2011, Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Kapit kali ke-33 telah diadakan di Padang KPSU Kapit. Kejohanan yang bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac kali ini telah dikelolakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 juga merupakan acara tahunan yang diadakan di padang tersebut.



Antara sekolah yang menyertai kejohanan ini ialah SMM. Kapit No.2, SMK Kapit, SMK. Selirik, SMK. Song, SMK. Katibas, SMK. Balleh, SMK. Bakun dan SMK. Belaga. Bagi peringkat MSSD pula, sekolah yang terlibat terdiri daripada MSSD Kapit, MSSD Song dan MSSD Belaga.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr. James ak Masing, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak turut disertai Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Kapit, En. Jamit Ajok merangkap Yang Dipertua MSS Kapit. Cuaca yang pada awalnya sedikit hujan dan kemudian bertukar cerah kembali telah melancarkan perjalan kejohanan tersebut.

Sebagai pengelola kejohanan tersebut, SMK. Kapit No. 2 telah mengisytiharkan pada hari Jumaat, 4hb Mac merupakan cuti peristiwa bagi sekolah tersebut. Syabas diucapkan kepada pegawai, pelajar pembantu, jurulatih dan peserta olahraga yang telah memeriahkan kejohanan kali ini.

No comments: